Saturday, 19 April 2014

ehem

Assalamualaikum.

Baru-baru ni aku tengok cerita inggeris.
Hero dia hensem gila. Ala biasalah, inggeris semua hengsem.
Aku cakap dgn kakak aku,
"Ni kalaulah jadi boyfreng ke suami ke, pergh" hensem weh

Dia balas,
"Ek eleh, orang kalau nak cari suami, cari yang beriman. Bukan tengok hensem je."

Okey fine, sentap nak.haha

Yes, she is absolutely true.
Fitrah manusia suka melihat yang sempurna.
Namun, kita lupa yang sempurna manusia, tidak kekal.

Allah itu Maha Adil.
Kadang-kadang, diberinya rupa paras yang menawan, tapi perjalanan hidupnya tak seindah yang digambarkan.
Kadang-kadang, diberinya rupa paras yang biasa-biasa sahaja, tapi memperoleh kebahagiaan hidup yang indah bersama keluarga.

Okay, back to the topic.
Betullah, kalau nak cari suami, kau kena cari yang beriman.
Bila beriman, semestinya dia berakhlak kan?
Bila berakhlak, semestinya dia bertanggungjawab kan?
Bila bertanggungjawab, semestinya dia....oke2 dah. Apa lagi yang kau nak ha?

Biar tak hensem takpe.
Asalkan dapat membentuk keluarga syurga.
Asalkan dia boleh tarik kau ke syurga Allah.

Tapi, kau kena ingat jugak.
Kalau perangai kau macam blergh.
Pastu nak yang beriman, memang tak aaa.

Dalam quran dah sebut kan.
Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.
Begitu juga sebaliknya.

Akhir kata,
Siapa bilang lelaki melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikattt~

Okey bye.

True
Shahida Supian

No comments:

Post a Comment