Wednesday, 6 August 2014

Trial espiem weh

Assalamualaikum

Ya, its me again.
Maafkan aku wahai blog kerana membiarkan kau keseorangan.
Ternyata, masa membatasi hubungan antara kita. haha

Trial spm aku dah makin hampir.
Aku cuak takut etc.
Mana taknya, aku masih tak pro dalam subjek - subjek killer ni.

Kadang-kadang aku rasa tertekan bila orang sekeliling aku expect aku pandai--padahal aku---argh
Ya, 'aku' pandai di mata mereka--walhal aku yang sebenar--err haha

Bila ada suara- suara
"takpe, abby pandai...mesti boleh punya"
"anak akak semua pandai-pandai...tak risau sangat"
"eh spm tahun ni? eleh mesti okay punya, awak kan pandai"

Weh, stress weh.

Macam biasa, aku bagi fake smile. sengih
Rasa nak jerit kat semua orang, 'aku bukan seperti yang kalian sangkaaaaa...sobs3'

Namun, kata-kata mereka juga satu doa.
Aku amin kan jela dalam hati. even dalam hati --tuhan saja yang tahu perasaan aku--result aku--oh god why

Memang bagus bila kita terima expectation beliau tu sebagai satu cabaran.
But then, yang aku benci, bila kita tak dapat capai level expectation beliau, mula lah.....

If you know what i mean.

True
Shahida Supian

No comments:

Post a Comment