Tuesday, 15 April 2014

Zon Selesa.

Assalamualaikum.

Zon selesa.
Apa yang kau faham?

Zon selesa ibarat satu keadaan yang kau tak nak keluar dari zon tu disebabkan kau tak nak hilang segala apa yang telah kau miliki. Contohnya, kau suka bila orang hari-hari bagi kau makanan. Jadi, kau dah taknak berusaha untuk dapatkan makanan. You'd rather sit there and wait to receive those foods.

Zon selesa mendatangkan sesuatu yang bagus, tapi ada juga yang tak bagus.

Yang bagusnya, kau boleh menjadi role model kepada orang lain untuk mencapai kejayaan. Bila hidup kau dah stable pula, kau boleh bantu orang-orang susah.

Apa yang tak bagusnya, bilamana kau terlalu bongkak dengan kejayaan kau.
Jadi, kau yang dah sentiasa berada di atas, kerap memandang rendah terhadap golongan bawahan. Kau lupa yang hidup ni ibarat roda. Tak selamanya kau di atas.

Kadangkala, manusia tidak mahu keluar dari zon selesa kerana takut.
Takut apa?
Takut akan kehilangan. Harta yang utama.

Takut kehilangan. Fitrah manusia.

Natijahnya, manusia mundur kerana tak berani keluar dari kepompong hidup.
Negara mundur kerana pemimpin yang memimpin tidak mpunyai kesedaran.
Malah lebih teruk lagi, pemimpin turut berkelakuan sama, menjadi hamba dunia.

Konklusinya, kau harus bangkit dan keluar dari zon selesa kau supaya kau menjadi manusia yang lebih bertamadun seiring zaman moden ini.

Ok pehal ayat aku yg last macam buat karangan conclusion bm.

True
Shahida Supian

No comments:

Post a Comment