Thursday, 23 January 2014

Sedekah

Assalamualaikum.

Lama sudah aku tidak menjenguk blog. Ya lama. Last entry adalah seperti yang tertera di post bawah. Jadi, harini aku terpanggil untuk membuka blog dan menaip.

Berkenaan tajuk hari ini, aku berminat untuk taip pasal sedekah.
Tadi aku singgah di sebuah restoran, dan seperti biasa, kadang kala, restoran yang kau kunjungi akan ada orang miskin mintak sedekah.

Tak kisah la pengemis ke, budak tahfiz ke, penjual ke, yang pasti mereka akan menuju dari satu meja ke satu meja. Berbalik pada cerita aku tadi, kelihatan dua orang wanita berjalan dari satu meja ke satu meja. Seorang sempurna rupa fizikal manakala lagi seorang merupakan wanita berusia yang matanya buta sebelah.

Aku lihat, mereka menuju ke satu meja; berhadapan kedudukan aku. Ada seorang pakcik dan makcik di situ. Si wanita tadi cuba untuk meminta wang.

"assalamualaikum, derma encik.." katanya.
"tadi dah bagi! Mintak apa lagi?!" tengking lelaki tersebut. Bengang barangkali.

Lalu beredarlah wanita terbabit. Ya, ke meja aku. Macam biasa, standby rm1 bagi kat diorang.

Apa yang nak aku simpulkan di sini adalah,
kalau ya pun ada pengemis atau individu minta duit dan kau dah bagi wang, tak perlulah nak tengking kuat-kuat individu tersebut. Salahkah kau cakap elok-elok? Memadailah hanya dgn gelengan kepala.

Ni lah masalahnya kalau manners letak dekat kepala lutut.
Eventhough we're already knew maybe those women ada sindiket or whatever, but then, sedekah tu kan amalan yang kita bawa sampai mati?
Kalau dia menipu sekalipun, kita still dapat pahala. Malah 2 pahala kita akan dapat kalau kita ditipu.

Jadi, itu jelah aku nak cakap.

Manners represent who you are.
People that respect others will always be respected.

True
Shahida Supian

No comments:

Post a Comment